Sunday, August 21, 2005

JANGAN BANYAK CAKAP LAGI !

Assaalammualaikum,
Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi mengunjungi weblog aku yang tidak seberapa ini. Yah!!! Bagaimana dengan kehidupan kamu di ketika ini? Harap-harap kamu berada di dalam kondisi yang baik. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku try guna weblog untuk berinteraksi dengan masyarakat di luar. Honestly, weblog ini bukan di khususkan untuk cerita kosong sahaja, malah ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk kita bersama-sama berkongsi pengalaman, pengetahuan mengenai scene Hardcore Punk. Selain itu, kamu juga dapat mengetahui info-info yang terkini mengenai komuniti kita dan tak salah jika aku katakan bahawa kawan kamu akan bertambah ramai lagi. Bagi aku ini adalah sesuatu yang sihat dan lebih ideal daripada sekadar mengunjungi aktiviti-aktiviti seperti aksi langsung, membaca zine, menghadiri acara gigs dan sebagainya lagi. Tambahan pula, dengan kedudukan aku yang kini menetap di Wilayah Persekutuan Labuan dan berjauhan sekali dengan kedudukan semenangjung serta Sabah dan Sarawak. Jadi segala aktiviti yang berkaitan dengan komuniti hardcore punk adalah terhad buat aku dengan hanya sekadar bermain didalam sebuah kugiran iaitu Rhetoric dan penghasilan zine yang kini sudah pun memasuki isu kedua iaitu Kucupan Perindu. Oleh itu amat sangat aku alu-alukan dan hargai sokongan kamu kepada para pembikin blogger dan penyertaan kamu di dalam blog aku ini amat sekali di perlukan. Kamu hanya perlu menghantarkan sebarang bentuk penulisan seperti komen, artikel, perbincangan ,etc... Hantarkan karya kamu itu di alamat email aku iaitu rebellion_punx1988@yahoo.com. Sekian sahaja untuk kali ini.
" MAKA BERHENTILAH KAMU, DAN JANGAN BANYAK CAKAP LAGI"